Kau dan aku Di waktu itu Cuba meniti titian Lalu tersungkur Kita tertawa Kini semuanya Kenangan saja Dan kita telah dewasa Engkau pun berjaya Aku di sini bhagia Korus Dulu engkau keseorangan Kerna kealpaanmu Oh... puncanya hilang arah tujuan Bersama beriring Melangkah seganding Setiap detik kau tempuh(inya) Dengan nafas kesungguhan Dengar bisikku Temanku Genggam tanganmu Pejam sekejap matamu Lihatlah cahaya menunggu Gapailah setiap cita mu Dan kenal isi kulit mu Kan ada hidup yang baru (2x) Yang satu Bermula di sini Takkan hilang nanti Bersatu teman abadi Kan terus sejati Menciptaa lagi memori Ulang Korus
   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, June 08, 2005
gejala homosexual

Dilema Golongan Homoseksual


Kini isu homoseksualiti menjadi suatu fenomena sosial yang lazim di Malaysia.  Homoseksualiti didedahkan secara ketara oleh media massa pada awal dekad 1990-an sebagai suatu gejala sosial yang lahir daripada kemewahan ekonomi negara.
Dengan motif untuk mendapatkan keuntungan, bahan cerita mengenai homoseksualiti di media massa dikisahkan dengan penuh sensasi. Dalam masyarakat Malaysia yang agak “tertutup” tentang seksualiti, isu homoseksualiti dibongkar oleh media massa dalam bentuk pengakuan, kisah benar, dan luahan hati. 
Menerusi pelbagai tajuk sensasi di media massa antaranya “Kenapa Saya Jadi Gay” dan “Jerat Cinta Lesbian” meletakkan kita pada suatu kedudukan yang mengelirukan. Kekeliruan sebegini memperlihatkan ketidakupayaan kita berdepan dengan isu homoseksualiti. 
Mengapakah di tengah-tengah perhubungan normal heteroseksual wujud homoseksualiti kesan berahi sejantina?  Adakah ini fenomena semula jadi?  Atau sengaja dilakukan sebagai cara lain untuk menikmati puncak kepuasan syahwat?
Di Malaysia, homoseksualiti bukan isu baru dan tidak juga isu lama.  Homoseksualiti dikatakan “wujud dalam kekaburan”.  Gambaran masyarakat secara umumnya terhadap kelompok homoseksualiti di Malaysia pada tahun sebelum dekad 1990-an, lebih menjurus kepada sifat lelaki berwatak keperempuanan -- berdasarkan pola perlakuan yang dilabel sebagai “pondan”, “bapuk” dan “mak nyah”.
Perkataan “pondan” memerihalkan perlakuan lelaki berlagak perempuan dalam pelbagai cara.  Dalam dialek Kedah, lelaki bersifat keperempuanan ini dipanggil “Dorai”.  Manakala “bapuk”, “mak nyah” pula merupakan perkataan yang lebih kontemporari sifatnya. 
Perkataan “mak nyah” dipercayai mula digunakan di kalangan masyarakat Melayu Singapura.  Kini perkataan “mak nyah” lebih kerap digunakan sebagai alternatif pada perkataan “pondan” yang diterima pakai secara bebas dalam kosa kata perbendaharaan bahasa Melayu moden di Malaysia. 
Terdapat usaha dalam akhbar bahasa Melayu yang melaporkan isu homoseksualiti dengan melazimkan penggunaan perkataan “pondan” sama makna dengan “gay” yang merujuk secara langsung kepada lelaki homoseksual.
Perkataan ini meletakkan status homoseksualiti pada suatu kedudukan yang tidak sesuai, kelihatan sumbang dengan cacat cela dalam latar budaya di Malaysia.  Dari sudut sosiolinguistik perkataan “pondan”, “dorai”, “bapuk”, “mak nyah” dari satu segi merendahkan atau memandang “serong’” kepada lelaki bergaya perempuan yang dianggap  menyimpang dalam masyarakat Melayu di Malaysia.
Homoseksualiti atau dalam bahasa Inggeris homosexuality berasal daripada bahasa Greek iaitu “homo” yang bermaksud kesamaan, manakala “sexual” pula yang merujuk kepada hubungan yang melibatkan tubuh badan.  Justeru, perkataan homosexuality memberi pengertian “kesamaan tubuh badan”. 
Homoseksualiti merupakan konsep yang menjurus secara langsung kepada kedua-dua jantina.  Dalam bahasa persuratan dan pertuturan seharian, lelaki homoseksual disebut sebagai “gay” dan di kalangan perempuan dikenali sebagai “lesbian”.  Perkataan “gay” juga digunakan bagi kedua-dua jantina terutama dalam bahasa Inggeris.
Perkataan “homoseksualiti” dalam bahasa Melayu hanya tercatat dalam kamus sinonim bahasa Melayu.  Semua kata yang seerti dengannya tidak juga menjurus kepada konsep homoseksual mengikut tafsiran ahli psikologi Amerika. 
Perkataan seerti ini terbatas penggunaannya.  Perlakuan seksual “liwat” pula (seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan) tidak merujuk kepada homoseksualiti di kalangan perempuan atau yang lazim disebut sebagai “lesbian”.  Keadaan ini mengehadkan lagi penggunaan perkataan “liwat” untuk berdiri sendiri bagi menghuraikan maksud homoseksualiti.
Kesemua perkataan yang telah disentuh di atas terlalu sempit, terhad malah langsung tidak memerihalkan keseluruhan kefahaman tentang homoseksualiti.  Homoseksualiti tidak hanya berlegar pada hubungan jenis melalui dubur dan lelaki berlagak keperempuanan dan “tomboy” di kalangan perempuan. Homoseksualiti membabitkan “psyche” manusia dari segi kognitif, afektif, sikap, niat serta tingkah laku nyata terselindung.
Pola perlakuan seksual manusia mengikut penjelasan disiplin psikologi Amerika Syarikat diperjelaskan dengan konsep orientasi seksual dalam tiga kategori iaitu heteroseksual, homoseksual dan biseksual. 
Dalam hal ini, orientasi seksual merujuk kepada reaksi erotik kesan daripada fantasi, keinginan seksual dengan jantina untuk mengadakan hubungan seksual.  Fantasi seksual, keinginan seksual ini kekal berpanjangan sepanjang kehidupan. Setiap individu tetap mempunyai salah satu daripada identiti seksual sama ada heteroseksual, homoseksual atau biseksual.
Homoseksualiti dalam budaya Melayu sukar diterima kerana bercanggah dengan agama.  Ajaran Islam menentang sekeras-kerasnya homoseksualiti.  Ini boleh dilihat dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud; 
“Mengapa kamu lebih suka lelaki dengan lelaki dengan syahwat, tidak suka kepada perempuan, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang melampau batas” (Surat Al-A’raf:  81). 
Dalam ayat yang lain pula menegaskan; 
“Allah telah memberikan hukuman seksaan yang pedih kepada kaum Lut dengan mengembalikan bumi supaya kaum Nabi Lut tertimbus dengan batu-batu panas yang menghempap” (Surat Hud: 82). 
Allah juga telah berfirman ;
“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara kamu dan meninggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhan untukmu.  Bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas” (Surah AsySyu’ara: 165-166).
Ketiga-tiga petikan ayat-ayat al-Quran di atas jelas menerangkan betapa Islam menentang habis-habisan perlakuan luar tabie homoseksualiti.  Perlakuan “liwat” dan “meninggalkan isteri” tidak diterima.   Ketiga-tiga ayat ini memberi implikasi psikologikal yang hebat kepada lelaki homoseksual Melayu yang beragama Islam.  Di samping itu juga kisah kaum Luth yang menerima padah kemurkaan Allah akibat tindakan meliwat lelaki turut menghantui.
Ajaran Islam dengan tegas tidak bertoleransi, tidak simpati jauh sekali empati pada mereka yang homoseksual.  Perlakuan hoseksualiti dalam Islam dilihat kesan daripada ikutan tuntutan nafsu yang tidak terkawal, bersifat kebinatangan akibat ketidakupaya, menghayati ajaran agama. Ringkasnya perlakuan seksual sejenis adalah perbuatan terkutuk, kotor, jijik, hitam dengan sebesar-besar dosa.
Seorang pengkaji sosial yang mengkaji persepsi masyarakat Malaysia terhadap homoseksualiti mendapati bangsa Melayu bersikap paling negatif diikuti dengan bangsa Cina dan India. 
Lesbian adalah sesuatu yang mengaibkan di kalangan penganut agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian di Malaysia.  Mak nyah pula merupakan perlakuan “devians” di Malaysia. Keadaan ini meletakkan kelompok homoseksual dalam keadaan “mengelabah” dalam masyarakat yang tinggi sekali darjah homofobianya.

Homoseksualiti di Malaysia secara jelas diakui sebagai sesuatu yang peribadi daripada dimensi psikologikal, moral, sahsiah, adab sopan dan tatasusila.  Kelompok homoseksual dikatakan mengalami krisis identiti.  Ada pula yang mengatakan bahawa homoseksualiti lebih dahsyat daripada jenayah, lebih besar dosanya daripada membunuh dan mereka merupakan individu yang memalukan.
Di Malaysia, ahli politik, pegawai agama, doktor, sarjana, ilmuan, aktivis sosial, guru dengan bantuan wartawan akhbar dan majalah popular menggunakan media popular dalam membicarakan isu homoseksualiti secara “terbuka” tetapi bermusim.  Melalui ruangan dalam akhbar harian, akhbar tabloid, majalah mingguan, majalah bulanan popular memaparkan pandangan, pendapat, reaksi terhadap isu homoseksualiti. 
Sebenarnya isu homoseksualiti di Malaysia “belum boleh” dibincangkan secara terbuka.  Jika dibincangkan ia harus mengambil kira tokoh manakah yang boleh mengutarakan pandangan, komen terhadap isu homoseksualiti. 
Fokus perbincangan homoseksualiti di Malaysia lebih tertumpu kepada masalah kehidupan, konflik gender yang diluahkan dalam nada rintihan peribadi kelompok homoseksual mak nyah yang dramatik lagi emosional keadaannya. 
Keperluan untuk membincang, mengkaji isu homoseksualiti “tidak” dirasai penting malah tidak mendatangkan sebarang faedah kerana ia sesuatu yang tidak signifikan atas dasar fenomena perlakuan luar tabie yang menentang fitrah manusia.
Gaya paparan isu homoseksualiti di Malaysia ditulis dalam bentuk rencana, laporan akhbar dan majalah menggunakan pendekatan penyiasatan.  Dalam hal ini sekelompok wartawan mendekati isu ini dengan memerhati, bertanya, dan menulis pengalaman subbudaya homoseksual dari luar.  Gaya paparan tulisan sebegini tidak menyeluruh spektrum perbincangannya.

Tulisan yang sedia ada lebih cenderung menghukum, menentang, membidas, mengecam mereka yang homoseksual.  Mereka dibidas, dikecam menerusi rencana dalam pelbagai media cetak serta dikritik secara lisan dan visual melalui media elektronik. 
Lantas, masyarakat umum membentuk gambaran imej stereotaip homoseksual yang mengganggu lagi menakutkan.  Diketengahkan juga dengan jelas reaksi psikologikal tentang kekhuatiran, kebimbangan menularnya subbudaya homoseksual yang membincangkan masyarakat.  Pendek kata persepsi umum di Malaysia menyifatkan homoseksualiti adalah penyakit yang makin menular dalam masyarakat. 
Pendapat umum di Malaysia rata-rata mempercayai homoseksualiti berlaku disebabkan oleh didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak di masa kecil, pengaruh rakan sebaya, persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina.  Homoseksualiti juga dipercayai bermula di institut pengajian tinggi yang berasrama dan pengaruh Barat yang terbawa-bawa dalam kehidupan.
Pendapat umum di Malaysia mengenepi, mempertikai perdebatan “nature vs nurture” atau interaksi antara “nature & nurture” sebagai punca homoseksualiti seperti yang dipercayai oleh pakar-pakar sains tingkah laku seksual manusia. 
Faktor “nature” atau faktor semula jadi merujuk kepada kesan pengaruh biologikal seperti faktor genetik, hormon, struktur, fungsi, saiz bahagian otak terhadap punca homoseksualiti tidak dapat diterima oleh majoriti masyarakat Melayu.  Malah gagasan yang melihat identiti homoseksualiti terbentuk mengikut tahap perkembangan psikoseksual pastinya ditolak di Malaysia.
Ramai yang mengakui bahawa didikan ibu bapa, rakan sebaya, suasana persekitaran yang bertanggungjawab menyebabkan terjebaknya dalam gejala homoseksualiti.  Masyarakat Malaysia tidak dapat malah masih jauh lagi untuk menerima faktor “nature” atau interaksi antara faktor “nature & nurture” atau interaksi kompleks faktor biologikal dan psikologikal yang menyebabkan berlakunya homoseksualiti.
Lelaki gay di Malaysia berkahwin.  Kelompok lesbian selagi tiada lelaki yang melamar untuk dijadikan isteri, mereka terlepas daripada tuntutan norma, agama, adat untuk berkahwin.  Adalah agak memalukan jika “perigi mencari timba”. 
Keputusan untuk berkahwin di kalangan lelaki gay didasari atas beberapa landasan.  Antaranya sebagai tanda akur, taat kepada tuntutan norma sosial, adat, dan agama.  Dalam keadaan sebegini mereka memendam segala keinginan, dorongan, tarikan homoseksualiti.  Soalnya, sejauh manakah dengan memendamkan tarikan berahi erotik sejantina mampu dikendalikan?
Perkahwinan gay ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.  Kegagalan dalam perkahwinan disebabkan oleh interaksi pelbagai faktor antaranya ketidakserasian dengan pasangan dari segi fizikal, mental dan emosi, tarikan cinta sejenis yang masih kuat, selesa dengan gaya kehidupan homoseksual, tidak mahu menipu diri sendiri, mengalami tekanan perkahwinan yang begitu membebankan. 
Namun ada lelaki gay yang berkahwin atas dasar keikhlasan, kesedaran, keinsafan dalam melaksanakan gaya kehidupan heteroseksual.  Hasilnya ada di kalangan mereka yang berjaya dalam kehidupan berkeluarga tetapi ini tidak bermakna mereka bukan lagi homoseksual.
Subbudaya homoseksual yang dilihat “wujud dalam kekaburan” memperlihatkan lokasi tertentu kelompok homoseksual bersosialisasi yang antaranya digunakan untuk mencari teman, dan pasangan.  Kelompok lelaki gay dipercayai mengamalkan seks sejenis “suka” menjadikan tempat sunyi dan kawasan letak kereta sebagai tempat pertemuan dan perkenalan selain di pusat-pusat hiburan eksklusif. 
Kelompok homoseksualiti di Malaysia bersifat “closet-homosexual”.  Dalam hal ini, majoriti kelompok homoseksual tidak menonjolkan diri secara terang-terangan.  Mereka yang “wujud dalam kekaburan” lebih banyak mendiamkan diri, bergerak dalam senyap. 
Dalam masyarakat Malaysia yang homofobik tindakan untuk tidak mendedahkan orientasi seksual sewenang-wenangnya adalah cara terbaik, wajar, dilakukan agar tidak menerima bencana fizikal dan psikologikal yang terlalu sukar untuk dikendalikan.
Namun ada pula yang berani, selesa langsung keluar mendedah, mengakui secara terang-terang akan orientasi seksual mereka.  Kelompok mak nyah lebih berani mendedahkan identiti mereka berbanding dengan kelompok homoseksual yang lain.  Tetapi sejauh manakah keberanian mendedahkan identiti seksual membantu mereka hidup dengan selesa?  Dan setakat manakah pula dengan menyembunyi, melindungi orientasi seksual diri sebenar boleh menikmati kesejahteraan, kebahagiaan psikologikal?
Menerusi Internet yang semakin berpengaruh, laman web sembang seperti “SAYANGABANG”, “PLU”, “GAY MALAYSIA” merupakan kaedah terkini cara pergaulan kelompok homoseksual walaupun tidak semua yang melakukannya.  Di kalangan wanita lesbian, bilik sembang “PENKID” dan “TOMBOY” menghubungkan mereka dengan individu yang sama orientasi seksualnya.
Melalui laman web sembang ini pelbagai kategori, latar belakang lelaki gay, wanita lesbian bersosialisasi di serata tempat termasuk Sabah dan Sarawak.  Interaksi sebegini lebih selamat. 
Pertemuan sesama “chatters” berlaku setelah berkenalan di alam siber atas kerelaan dan keinginan masing-masing.  Melalui “chatting” dalam “chat room” dapatlah berharap akan kebahagiaan psikologikal.  Dari peringkat usia belasan tahun sehingga usia 40-an berlaku interaksi sosial siber bertolak daripada tarikan nama atau “nick name” yang memula dan menghubungkan perkenalan.
Kelompok lelaki gay dan mak nyah diperhatikan oleh pihak Jabatan Agama Islam (JAIS), polis, wartawan media massa.  Operasi membanteras kelompok homoseksual dilakukan dari semasa ke semasa.  Serbuan yang dilakukan turut dihebahkan kepada umum melalui media massa dengan harapan dapat menakutkan kelompok homoseksual daripada terus bergerak aktif. 
Selalunya kelompok mak nyah sering dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan berpakaian perempuan dan berkelakuan tidak senonoh mengikut “Section 21 of the Minor Offenses Act 1955”.  Lelaki gay dan wanita lesbian selalunya terlepas kerana zahirnya mereka sukar untuk dikenal pasti kerana kelihatan sama sahaja dengan individu heteroseksual yang lain.
Hukuman fizikal sebegini tidak merawat, tidak mencegah, apatah lagi mengubah menyebabkan kelompok homoseksual bergerak dalam diam.  Ada juga usaha untuk membendung gejala homoseksual dengan memberi hukuman dalam bentuk tindakan undang-undang. 
Malangnya tiada undang-undang yang dapat mendakwa, menghukum golongan ini ke mahkamah.  Pergerakan Sukarela anti-Homoseksual atau “PASRAH” muncul secara tiba-tiba pada tahun 1998.  Sehingga kini tidak ketahui apakah yang telah dilaksanakan oleh PASRAH. 
Pendapat umum di Malaysia menyetujui bahawa homoseksualiti adalah suatu bentuk penyakit yang boleh dirawat, dipulihkan dan boleh berubah.  Namun tidak jelas apakah bentuk-bentuk rawatan dan pemulihan yang boleh dilakukan bagi menangani isu homoseksualiti yang kompleks ini. 
Di bawah ini diturunkan petikan berikut bagi mendapatkan antara pendekatan yang boleh digunakan untuk merawat, memulih, menukar orientasi, identiti, gejala homoseksual ke heteroseksual di peringkat usia remaja sebelum menjadi tidak terkawal apabila dewasa.  Antara cadangannya;
“Ibu bapa harus menggunakan diplomasi dan menghormati mereka bagi menyelesaikan masalah ini.  Jangan sesekali menggunakan pendekatan kuasa ketika membimbing mereka.  Jiwa yang memberontak akan menjadi bertambah parah.  Hal ini demikian kerana remaja bersifat ego, degil dan tidak mahu mendengar nasihat.  Ilmu duniawi sahaja tidak cukup untuk mendidik anak tanpa disertakan dengan ilmu agama.  Apabila masalah tidak dapat diselesaikan, ibu bapa malu membawa anak berjumpa kaunselor.  Ibu bapa jangan memaksa atau marah-marah.  Tunjukkan kasih sayang dan luangkan lebih masa bersama anak-anak.  Guru kaunselor juga berperanan penting dalam menangani masalah ini.  Ada banyak pendekatan yang boleh digunakan sama ada melalui rekod pelajar atau menemubual orang lain.  Guru boleh memulakannya dengan membuat beberapa kajian awal seperti bertanya kepada guru kelas, kawan-kawan pelajar yang bermasalah hinggalah kepada ibu bapa.  Selepas maklumat diperoh barulah mereka membuat pertemuan dengan pelajar.  Kita tidak boleh menegur secara mendadak.  Perlu membuat banyak pemerhatian, terutama latar belakang kehidupan pelajar.  Mereka mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.  Penulisan bergantung pada kekuatan diri, setakat mana mereka mampu mengawal diri untuk tidak melakukannya.  Rakan-rakan tidak harus membiarkan mereka.  Begitu juga guru harus menegus sekiranya melihat anak murid lelaki berjalan seperti perempuan atau lelaki cenderung kepada lelaki.  Beritahu secara baik yang sikap mereka itu boleh membawa padah”.
Dari petikan di atas beberapa cadangan yang bersifat humanistik menjurus kepada peranan ibu bapa, guru, rakan sebaya, didikan agama, fungsi kaunseling dan perubahan sikap di kalangan homoseksual.
Persoalannya, pernahkah cadangan-cadangan yang dinyatakan tersebut dilaksanakan? Jika dilaksanakan sejauh manakah keberkesanannya? Apakah kadar kejayaannya? Apakah perubahan yang telah berlaku? adakah perubahan-perubahan psikologikal yang berlaku kekal merentasi jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi kelompok homoseksual di Malaysia?
Isu homoseksualiti memang kompleks dan rumit untuk dikendalikan.  Kesukaran untuk memahami mengapa berlakunya tarikan berahi cinta sejenis adalah satu cabaran.  Untuk mengurang, mengatasi, meulih, merawat mereka yang citarasa seksual sejenis adalah cabaran mendatang seterusnya bagi majoriti kelompok heteroseksual.  Di kalangan kelompok homoseksual di Malaysia mereka pasti akan terus dihambat, dipinggirkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam apa juga keadaan.
Kini telah wujud sekumpulan individu yang memperjuangkan hak asasi seksual kelompok minoriti homoseksual di Malaysia.  Namun semakin kuat, lantang suara perjuangan kumpulan pertubuhan hak asasi manusia yang memperjuangkan nasib kelompok homoseksual di Malaysia, semakin besar lagi tentangan yang akan dihadapi dari kelompok majoriti heteroseksual. 
Di peringkat interpersonal, kelompok homoseksual di Malaysia akan terus berada dalam dilema, keliru, ragu-ragu dengan rasa bersalah serta mempersoalkan identiti seksual homoseksual diri sendiri yang tidak berkesudahan.

oleh MAHZAN MUSA / Dipetik dari : http://dbp.gov.my/majalah/db11fok3.html


"Tidak salah bagi mana-mana individu tertarik kepada keindahan alam semulajadi termasuk terpikat sesama jantina. Jika disalah tafsir, kemungkinan kekeliruan ini akan menjadi kenyataan dan individu yang mempunyai fikiran yang cetek akan beranggapan ia adalah luar biasa kerana mempunyai naluri terhadap jantina yang sama.

Minda manusia begitu menakjubkan. Kita boleh lakukan apa saja jika kita menetapkan minda. Jika kita berasa diri kita gay, maka minda kita berkelakuan sedemikian
." - Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby -

*Kasih sayang adalah hak setiap insan, "Selamatkanlah Saudara Kita Daripada Budaya Terkutuk Ini"*



Posted at 10:34 am by izdor

elly
August 20, 2005   02:09 PM PDT
 
best gak aku pun minat kat pompuan
Name; sha
August 30, 2005   06:53 PM PDT
 
aii elly,sha pun minat kat girl gak.....
amoi
September 3, 2005   07:04 PM PDT
 
x slh kiter menerima mereka dalam masyarakat,kerana itu hak dan kehendak individu...
sherry
September 5, 2005   07:01 PM PDT
 
x salah klu minat same sex sbb gender yg main peranan tntg feeling kite.betul x?
Shaz
September 11, 2005   02:38 PM PDT
 
Kasih sayang sesama insan sejenis memang ujud dalam Islam. Namun, ia tidak bermakna kita boleh melakukan sesuka hati kita. Rasulullah menggalakkankita menyatakan kasih kepada suadara kita dengan lafaz " aku menyayangimu KERANA ALLAH. Dua perkataan dihujung ini meletakkan batas dalam pergaulan sesama kaum sejenis. Tidak ada hubungan intim ( sex ),bahkan tidak boleh melakukan sentuhan yang membawa berahi.... Kasih sayang diperlukan semua manusia. Tanpa kasih sayang, hidup menjadi sepi, tetapi kasih sayang perlu disalurkan dengan cara yang betul seperti yang diajarkan oleh Rasulullah. Ingin tahu silalah buat kajian yang disertakan dengan keikhlasan........
syakinmim
April 29, 2009   11:48 AM PDT
 
gejala ini perlu dbnters.
jika tidak, kita se0lah-olah membri ruang dan peluang untuk golongan ini berkembang dan bakal mngundang kemurkaan ALLAH...nauzubillahhiminzalik..sesungguhnya Allah menciptakan setiap perkara berpasang-pasangn,so percayalah kpd janji Allah
syakinmim
April 29, 2009   11:54 AM PDT
 
gejala ini perlu dbnters.
jika tidak, kita se0lah-olah membri ruang dan peluang untuk golongan ini berkembang dan bakal mngundang kemurkaan ALLAH...nauzubillahhiminzalik..sesungguhnya Allah menciptakan setiap perkara berpasang-pasangn,so percayalah kpd janji Allah
peease
May 10, 2010   01:40 PM PDT
 
aku menangis lps dpt tau abg aku gay!!! buat malu je!!! mane aku nak letak muke aku klu kwn2 aku tau??? bapak aku xtaw lagi, tapi aku sure, dieorg mesti menangis gile2 punye, xsangka anak yang dieorg besarkan dgn penuh kasih sayang jadi camni!!! Aku benci abang aku yang buat mak aku menangis!!!! Ya Allah, ko bagi la abg aku hidayah dan pengajaran, moga die bertaubat sebelum terlambat!!!!!
for peease
October 13, 2010   11:32 PM PDT
 
ajor ckit ko nak nangis watpe,bukan nye abg ko belasah ko ngn mak ko cm2 abg2 jahat lain kat dunia nie...kalau aku jadi ko aku suh mak aku halau je abg aku tu....die taw keje,taw la die hidup....lagipun ko tu masuk syurga ke nak benci org2 cmnie...ade hati,sume org kat malaysia nie benci2 org songsang nie padahal sumenye dah tempah tiket masuk neraka..which mean..korang x layak nak judge diorg....ntah2 diorg sempat taubat kew?ntah2 korang yang masuk nerake,pastu diorg yang golongan cmnie lambai dari syurga..how?
arie
May 16, 2011   01:21 AM PDT
 
orang kat luar tau menghukum tp pernah ke mereka cuba bertanya pe yg golongan gay ni rasa?mereka x minta dilahirkan mcm tu?klu dibg pilihan,dorang pun nak jd normal menikmati hidup dgn gembira.kte xde hak tuk menghukum mereka,hanya tuhan sje yg berhak tuk menghukum umatnye....
ukthi
April 13, 2012   03:43 PM PDT
 
memang kita tak bole menghukum mereka sbb tu hak mereka. tapi bila difikirkan semula kita di dunia nie tujuanya untu apa? think positif..jgn terlalu ikut perasaan..rujuk pada agama pegangan sendiri. tiap masalah ada pnyelesaianya..muasabah diri. kita ada agama masing2...byk kesan negatif tk baik akn berlaku..kta sbgai sesama saudara knala bg sokongan n bg nasihat yg baik.
Moncler 2012
September 13, 2012   03:22 AM PDT
 
This article tell the reality of very important organization and clearly gives the reasons that what they are doing. Very information article and actions should be taken against such organizations,337094,http://azzuddin.blogdrive.com/archive/8.html
karen millen dresses red
September 24, 2012   09:02 AM PDT
 
People deserve very good life time and mortgage loans or sba loan would make it much better. Just because people's freedom is grounded on money state. ,731498,http://azzuddin.blogdrive.com/archive/8.html
ugg boot
November 6, 2012   12:56 AM PST
 
It does not follow that because we do not subsidize smoking, we should not regulate unhealthy activities. Costs and savings are not the only variable. The fact that obesity creates costs is merely an additional reason to regulate it, not the only one. The main reason is its danger to an individual. You are dismissive of subsidizing smoking precisely because of this moral intuition. ,769138,http://azzuddin.blogdrive.com/archive/8.html
north face france
December 2, 2012   01:46 AM PST
 
So fun article is! I know more from it.,483338,http://azzuddin.blogdrive.com/archive/8.html
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry